Sunday, 29 January 2012

keliru

dgn kamu,
tempoh yg pnjg walau seketika,
ada cerita suka buat kita,
namun banyak lagi cerita duka,
kenapa?
mungkin usia penyebabnya..
kita masih mentah,
masing2 punye rasa yang berbeza.
mungkin...

hampir 6 bulan berlalu.
kini cerita yang pernah tercoret,
ingin dilembarkan kembali..
pelbagai kenangan dilayarkan kembali.
kononnya masih ad rindu yg bersisa.
atau mungkin tiada yang lebih memahami isi hati,
seperti hati kita dahulu.
benarkah begitu?
atau mungkin hati ini terlalu sepi,
terlalu rindukan belaian kasih hanya dari kamu?
ah, persoalan hati sukar difahami.

untuk apa kita bertemu?
kalau hadir hanya untuk dilukai lagi,
untuk apa kita menjalin kembali?
jika lahir sekadar untuk mempermain rasa hati.
untuk apa kita menagih kasih dulu?
hanya untuk mengetahui ia tidak direstui.

cukuplah.
cinta selepas janji yang pernah dimungkiri,
pasti tidak sejujur dan setulus dulu lagi.
pasti penuh dendam dan dengki.
pasti ada yang tersirat tanpa disedari.

aku masih dengan hati yang lemah, xmampu untuk bertahan.
biarlah masa yang menentukan.
Allah maha mengetahui.

some of those memories still remain even the people leaves